Tuesday, May 8, 2012

Setitis Ilmu Ingin Ku Kongsi


Telahku bertemu dengan seorang hamba Allah SWT, telah dia memberikan peringatan dan nasihat tentang isu-isu semasa samada dari segi agama, politik, ekonomi, mahupun sosial.

Antara peringatan yang diberikan:

  1. Sama-samalah kita kenali dan hayati makna sebenar 3i (Islam, Iman dan Ihsan) agar kehidupan di dunia ini yang merupakan jambatan ke "Jannah wa Firdaus" akan mendapat keredhaan Allah SWT semata-mata.
  2. Yakin dan percaya merupakan dua kata yang berlainan maknanya. Oleh itu, wajib ke atas kita untuk yakin seyakin yakinnya dengan i'tiqat di dalam hati bahawa janji Allah itu benar, bahawa Allah sentiasa bersama dengan hamba-Nya.
  3. Tujuan kejadian langit dan bumi ini antara salah satunya adalah untuk Kekasih-Nya, Rasulullah SAW. Inilah tanda bahawa Rasulullah SAW itu merupakan Kekasih Allah yang paling agung. Perkara ini dapat kita ibaratkan seperti seorang suami mendirikan sebuah rumah untuk kekasihnya (isterinya) serta keluarganya.
  4. Wali Allah SWT muncul dengan berbagai-bagai rupa bentuk wajah dan fizikalnya. Antara kebarangkalian yang terdapat pada diri seorang Wali Allah ialah kezuhudannya. Sehinggakan kita beranggapan beliau seperti orang yang kurang siuman kerana kezuhudannya.
  5. Usah kita menilai diri seseorang sebulat-bulatnya, kerana yang layak menilai diri seseorang adalah zat Allah SWT semata-mata.
*> Sesungguhnya kelalaian dan kealpaan kita sebagai hamba-Nya tidak boleh kita lari darinya. Namun sebaik-baiknya, sama-samalah kita berubah dan muhasabah diri kita kembali,. InsyaAllah, tidak ada yang mustahil melainkan Allah berkehendakinya. "Kun  Fayakuun".


ALLAHUAKBAR!!! :)

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger