Sunday, June 10, 2012

Dekatnya Engkau Dengan Ku

ASSALAMUALAIKUM




Tahukan kalian, wahai saudara dan saudari, sejauh manakah jarak antara kita dengan Pencipta kita?. Pernahkah kita berfikir sejenak, walaupun sesaat untuk memikirkan, bahawa Allah itu berada terlalu hampir dengan hamba-Nya. Ia bagaikan jarak antara mata hitam dengan mata putih kita. SUBHANALLAH.. Amatlah terlalu hampir dengan kita.

Namun, adakah setiap ujian @ musibah yang menimpa kita ataupun setiap nikmat dan kurniaan yang kita perolehi, kita terus LIVE WITH ALLAH?. Adakah kita sentiasa memohon petunjuk dengan-Nya untuk meneruskan segala ujian dan cabaran yang diturunkan oleh Allah dengan sebaik-baiknya? 


Ayuh saudara dan saudari, saya mengingatkan pada diri saya terlebih dahulu dan untuk kalian semua, sama-samalah kita beringat, bahawa Allah SWT Yang Maha Pencipta, Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang sentiasa berada disisi hamba-Nya tanpa kita sedari. Marilah kita sama-sama mengucapkan ALHAMDULILLAH terlebih dahulu kepada Allah SWT, kerana Dia yang memberikan kita nikmat dan segala kurniaan-Nya @ ujian dan musibah yang menimpa pada kita, dan marilah kita mengucapkan SUBHANALLAH setiap masa pabila kita melihat segala penciptaan-Nya sama ada di langit mahupun di bumi ini. INSYAALLAH..

ALLAHUAKBAR!!!

Tuesday, May 8, 2012

Setitis Ilmu Ingin Ku Kongsi


Telahku bertemu dengan seorang hamba Allah SWT, telah dia memberikan peringatan dan nasihat tentang isu-isu semasa samada dari segi agama, politik, ekonomi, mahupun sosial.

Antara peringatan yang diberikan:

  1. Sama-samalah kita kenali dan hayati makna sebenar 3i (Islam, Iman dan Ihsan) agar kehidupan di dunia ini yang merupakan jambatan ke "Jannah wa Firdaus" akan mendapat keredhaan Allah SWT semata-mata.
  2. Yakin dan percaya merupakan dua kata yang berlainan maknanya. Oleh itu, wajib ke atas kita untuk yakin seyakin yakinnya dengan i'tiqat di dalam hati bahawa janji Allah itu benar, bahawa Allah sentiasa bersama dengan hamba-Nya.
  3. Tujuan kejadian langit dan bumi ini antara salah satunya adalah untuk Kekasih-Nya, Rasulullah SAW. Inilah tanda bahawa Rasulullah SAW itu merupakan Kekasih Allah yang paling agung. Perkara ini dapat kita ibaratkan seperti seorang suami mendirikan sebuah rumah untuk kekasihnya (isterinya) serta keluarganya.
  4. Wali Allah SWT muncul dengan berbagai-bagai rupa bentuk wajah dan fizikalnya. Antara kebarangkalian yang terdapat pada diri seorang Wali Allah ialah kezuhudannya. Sehinggakan kita beranggapan beliau seperti orang yang kurang siuman kerana kezuhudannya.
  5. Usah kita menilai diri seseorang sebulat-bulatnya, kerana yang layak menilai diri seseorang adalah zat Allah SWT semata-mata.
*> Sesungguhnya kelalaian dan kealpaan kita sebagai hamba-Nya tidak boleh kita lari darinya. Namun sebaik-baiknya, sama-samalah kita berubah dan muhasabah diri kita kembali,. InsyaAllah, tidak ada yang mustahil melainkan Allah berkehendakinya. "Kun  Fayakuun".


ALLAHUAKBAR!!! :)

Powered By Blogger