Thursday, December 30, 2010

Pengertian doa

Doa....Apakah itu "Doa"??...
Doa merupakan keinginan, permintaan atau permohonan dalam perkara kebaikan kepada Allah SWT melalui gerak hati yang ikhlas dan mengharapkan semata-mata kepada-Nya...

Apakah kita sentiasa berdoa kepada Allah SWT??...cukupkah untuk kita berdoa di dalam solat sahaja??...apakah kita tidak yakin dengan termakbulnya doa yang kita pinta??

Bukankah Allah SWT telah berfirman di dalam al-Quran bahawa:

Maksudnya: Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu"


Sesungguhnya, Allah SWT menerima permohonan hamba-Nya yang tulus kerana-Nya....titiskanlah air matamu kerana-Nya....jika kita tidak dapat apa yang kita pinta....bersabarlah.... sesungguhnya Allah sedang menguji kekuatan Iman mu...Amin Ya Rabbal 'alamin

Monday, December 6, 2010

Post-SPM Intensive English Programme 2010

Special word from Pn. Nora:
Be Professional...!!!..haha...

Doa-Doa Menuntut Ilmu

Sunday, December 5, 2010

Hadis Tentang Solat

  • Diriwayatkan daripada Salamah b. al-Akwa' r.a. katanya: "Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. mendirikan solat Maghrib ketika matahari sudah terbenam dan tidak kelihatan". (Sahih Bukhari & Muslim)
  • Solat berjemaah itu lebih utama daripada solat bersendirian dengan dua puluh tujuh darjat. (Bukhari & Muslim)
  • Anak kunci solat itu ialah suci, tahrimnya ialah takbir dan tahlilnya adalah salam. (Ibnu Majah & Tirmizi)
  • Laksanakanlah solat-solat sunat di rumahmu, dan janganlah kamu jadikan rumahmu itu seperti kuburan. (Bukhari & Muslim)
  • Luruskanlah saf-saf kamu kerana sesungguhnya meluruskan saf itu sebahagian dari kesempurnaan sembahyang. (HR Bukhari & Muslim)

Friday, November 5, 2010

Sepuluh Tanda Kiamat Besar

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:

“Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat“. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya“. Kemudian beliau menyebutkannya:
    • Asap
    • Dajjal
    • Binatang
    • Matahari terbit dari barat
    • Turunnya Isa bin Maryam alaihissalam
    • Yakjuj dan Makjuj
    • Gempa bumi di timur 
    • Gempa bumi di barat 
    • Gempa bumi di Semenanjung Arab
    • Muncul api dari Yaman (Adn) yang mengiringi manusia ke padang Mahsyar
      (H.R. Muslim)

      Thursday, November 4, 2010

      Sunday, October 31, 2010

      Saturday, October 30, 2010

      Sunday, September 26, 2010

      Thursday, August 5, 2010

      Disebalik "facebook"


      Fenomena "facebook" yang menular di seluruh dunia semakin pesat. Zaman ini, sesiapa yang tidak tahu tentang facebook dikategorikan sebagai buta IT. Benarkah??? Terpulanglah kepada anda. Tetapi sekadar berkongsi maklumat, apa sahaja bahan yang hendak dicari, anda hanya perlu sentuh skrin maklumat yang terbentang.

      Kembali kepada fenomena facebook, tahun lalu pengguna tetapnya menjangkau 140 juta orang! Tetapi baru-baru ini, facebook mengeluarkan kenyataan, penggunanya meningkat ke 240 juta orang. Satu angka yang cukup besar dalam tempoh setahun. Jadi tidak hairanlah jika facebook boleh menjana pendapatan hingga AS$300 juta pada tahun 2008. Lantaran sambutan yang menggalakkan, serta keuntungan yang lumayan, syarikat gergasi Microsoft telah membeli 1.6 peratus kepentingan facebook yang bernilai AS$240 juta pada tahun 2007. Bagaimanapun, baru-baru ini, pengasasnya Bill Gates salah seorang yang turut melayari facebook mengambil keputusan untuk menutup halamannya ekoran 10,000 orang yang tidak dikenali, berminat untuk menjadi kawannya. Terbaru syarikat Rusia, Digital Sky Technologies pula melabur sebanyak AS$200 juta dalam web tersebut dan menjadikan nilai syarikat itu meningkat sebanyak AS$15 bilion.


      Bagaimanapun dalam keghairahan melayari facebook, kerajaan Iran pada 23 Mei lalu, mengambil keputusan menyekat akses facebook sempena pilihan raya presiden. Tujuannya, menghalang para penyokong calon yang bertanding menggunakan halaman web itu untuk berkempen. Tindakan negara Iran itu turut disusuli oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) yang mengharamkan facebook melalui fatwa yang dikeluarkan pada Jun tahun lepas. Hujahnya, laman web berkenaan menjadi penyebab kepada perlakuan tidak senonoh dan seks sebelum kahwin. Pun begitu sebelum pengharaman oleh dua buah negara tersebut dibuat, wujud desas-desus yang mengaitkan penglibatan laman web tersebut dalam "membiayai" peperangan di Gaza.


      Antaranya blog majelis fathul hidayah yang mendedahkan pemilik kepada laman web tersebut. Daripada kajian yang dilakukan, facebook dimiliki oleh Mark Zuckerberg, seorang graduan sains komputer dari Universiti Harvad. Zuckerberg adalah ank pasangan Yahudi, Edarwd dan Karen Zuckerberg yang dibesarkan di Amerika Syarikat. Bapanya seorang doktor gigi manakala emaknya pakar perubatan. Zuckerberg dikatakan seorang yang genius komputer sejak kecil lagi, malah diceritakan ketika berusia belasan tahun dia sudah pun mencipta satu permainan komputer yang dinamakan Risk dan permainan muzik, Synapse. Ketika facebook dilancarkan pada 4 Februari 2004 dari bilik asramanya, tujuannya untuk memudahkan mahasiswa Harvad berhubung antara satu sama lain. Bagaimanapun, atas permintaan ramai ia dikembangkan ke universiti di sekitarnya.

      Bagaimana Facebook Mendapat Untung?



      Menurut Rizki, pendapatan utama facebook datang dari iklan yang banyak dipaparkan. Dari penelitiannya, iklan yang terdapat di dalam facebook mempunyai sistem yang berbeza-beza. Misalnya menggunakan kaedah CPC (cost perclick) sekali klik $0.50. Jika di dalam masa satu hari ada 1000 orang yang klik pada iklan itu maka facebook akan memperolehi pendapatan $500. Itu baru satu iklan, cuba bayangkan jika ada 10 atau 20 iklan. Jumlahnya kiralah sendiri.




      Jika itulah jumlah wang yang diperolehi, anda boleh membayangkan berapa pula disalirkan untuk membiayai peperangan di Gaza. Lebih malang, sebahagian keuntungan itu disumbang oleh orang Islam sendiri. Dengan klik saja pada facebook kita turut sama menjadi pembunuh orang Palestin di Gaza...


      "SAMA-SAMALAH KITA BOIKOT FACEBOOK"
      Powered By Blogger