Thursday, August 5, 2010

Disebalik "facebook"


Fenomena "facebook" yang menular di seluruh dunia semakin pesat. Zaman ini, sesiapa yang tidak tahu tentang facebook dikategorikan sebagai buta IT. Benarkah??? Terpulanglah kepada anda. Tetapi sekadar berkongsi maklumat, apa sahaja bahan yang hendak dicari, anda hanya perlu sentuh skrin maklumat yang terbentang.

Kembali kepada fenomena facebook, tahun lalu pengguna tetapnya menjangkau 140 juta orang! Tetapi baru-baru ini, facebook mengeluarkan kenyataan, penggunanya meningkat ke 240 juta orang. Satu angka yang cukup besar dalam tempoh setahun. Jadi tidak hairanlah jika facebook boleh menjana pendapatan hingga AS$300 juta pada tahun 2008. Lantaran sambutan yang menggalakkan, serta keuntungan yang lumayan, syarikat gergasi Microsoft telah membeli 1.6 peratus kepentingan facebook yang bernilai AS$240 juta pada tahun 2007. Bagaimanapun, baru-baru ini, pengasasnya Bill Gates salah seorang yang turut melayari facebook mengambil keputusan untuk menutup halamannya ekoran 10,000 orang yang tidak dikenali, berminat untuk menjadi kawannya. Terbaru syarikat Rusia, Digital Sky Technologies pula melabur sebanyak AS$200 juta dalam web tersebut dan menjadikan nilai syarikat itu meningkat sebanyak AS$15 bilion.


Bagaimanapun dalam keghairahan melayari facebook, kerajaan Iran pada 23 Mei lalu, mengambil keputusan menyekat akses facebook sempena pilihan raya presiden. Tujuannya, menghalang para penyokong calon yang bertanding menggunakan halaman web itu untuk berkempen. Tindakan negara Iran itu turut disusuli oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) yang mengharamkan facebook melalui fatwa yang dikeluarkan pada Jun tahun lepas. Hujahnya, laman web berkenaan menjadi penyebab kepada perlakuan tidak senonoh dan seks sebelum kahwin. Pun begitu sebelum pengharaman oleh dua buah negara tersebut dibuat, wujud desas-desus yang mengaitkan penglibatan laman web tersebut dalam "membiayai" peperangan di Gaza.


Antaranya blog majelis fathul hidayah yang mendedahkan pemilik kepada laman web tersebut. Daripada kajian yang dilakukan, facebook dimiliki oleh Mark Zuckerberg, seorang graduan sains komputer dari Universiti Harvad. Zuckerberg adalah ank pasangan Yahudi, Edarwd dan Karen Zuckerberg yang dibesarkan di Amerika Syarikat. Bapanya seorang doktor gigi manakala emaknya pakar perubatan. Zuckerberg dikatakan seorang yang genius komputer sejak kecil lagi, malah diceritakan ketika berusia belasan tahun dia sudah pun mencipta satu permainan komputer yang dinamakan Risk dan permainan muzik, Synapse. Ketika facebook dilancarkan pada 4 Februari 2004 dari bilik asramanya, tujuannya untuk memudahkan mahasiswa Harvad berhubung antara satu sama lain. Bagaimanapun, atas permintaan ramai ia dikembangkan ke universiti di sekitarnya.

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger