Sunday, December 5, 2010

Hadis Tentang Solat

  • Diriwayatkan daripada Salamah b. al-Akwa' r.a. katanya: "Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. mendirikan solat Maghrib ketika matahari sudah terbenam dan tidak kelihatan". (Sahih Bukhari & Muslim)
  • Solat berjemaah itu lebih utama daripada solat bersendirian dengan dua puluh tujuh darjat. (Bukhari & Muslim)
  • Anak kunci solat itu ialah suci, tahrimnya ialah takbir dan tahlilnya adalah salam. (Ibnu Majah & Tirmizi)
  • Laksanakanlah solat-solat sunat di rumahmu, dan janganlah kamu jadikan rumahmu itu seperti kuburan. (Bukhari & Muslim)
  • Luruskanlah saf-saf kamu kerana sesungguhnya meluruskan saf itu sebahagian dari kesempurnaan sembahyang. (HR Bukhari & Muslim)

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger