Kita hidup di dunia ini penuh dengan dugaan yang diuji oleh Allah SWT. Oleh itu, kita perlulah berfikir dari segi positif bahawa setiap musibah atau dugaan yang Allah turunkan bukan bererti Allah tidak menyayangi kita, tetapi sebenarnya Allah hendak menguji sejauh mana tahap ketaqwaan dan kesabaran kita dalam menghadapinya. Sehubungan dengan hal itu, kita seharusnya sentiasa menampakkan wajah kita dengan senyuman, kerana senyuman mampu memberi ketenangan dalam jiwa kita.
Memang benar apa yang sering diperkatakan oleh saudara-saudara kita, bahawa bukan mudah untuk melemparkan senyuman pada rauk wajah kita apabila ditimpa sesuatu musibah. Oleh itu, kita perlulah sentiasa ‘berinteraksi’ dengan Allah dalam ibadat. Ini kerana, Allah akan berasa kagum terhadap hamba-Nya yang banyak meminta pada-Nya. Melalui senyuman dalam keadaan sedemikian juga, kita akan memperoleh ganjaran pahala daripada Allah SWT. Adakah kita tidak mahu merebut ganjaran pahala yang Allah kurniakan itu? “Tepuk dada, tanya Iman”
Wahai saudaraku sekalian, ayuh sama-sama kita mengucapkan kesyukuran kita kehadrat Allah SWT, kerana Dia masih memberi ruang kepada kita untuk mendekatkan diri kita kepada-Nya. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment