Monday, October 31, 2011

Wednesday, August 31, 2011

Sifat-sifat Taqwa

ASSALAMUALAIKUM

TAQWA, sering kita dengar setiap kali kita berada di masjid atau surau, sedang Imam menyampaikan ceramah atau khutbahnya. Namun, sejauh manakah kita mengerti dan menghayati makna sebenar TAQWA  itu? Disini, sama-sama kita berkongsi ilmu, agar makna atau penghayatan tentang TAQWA dapat kita fahami dengan lebih terperinci.

Allah SWT telah berfirman dalam ayat Al-Quran, surah Al-Baqarah; ayat 1-5:

الٓمٓ (١) ذَٲلِكَ ٱلۡڪِتَـٰبُ لَا رَيۡبَ‌ۛ فِيهِ‌ۛ هُدً۬ى لِّلۡمُتَّقِينَ (٢) ٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡغَيۡبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ يُنفِقُونَ (٣) وَٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ وَمَآ أُنزِلَ مِن قَبۡلِكَ وَبِٱلۡأَخِرَةِ هُمۡ يُوقِنُونَ (٤) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ عَلَىٰ هُدً۬ى مِّن رَّبِّهِمۡ‌ۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ (٥)

Maksudnya: Alif Lam Mim. Kitab al-Quran ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. Iaitu mereka yang beriman kepada perkara-perkara ghaib, melaksanakan solat, dan membelanjakan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan mereka yang beriman kepada al-Quran yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dan kitab-kitab yang telah diturunkan sebelum engkau dan mereka yakin akan adanya hari akhirat. Merekalah yang mendapat petunjuk dari Tuhannya dan mereka itulah orang yang beruntung.

Thursday, June 2, 2011

Senyum dalam Musibah

Kita hidup di dunia ini penuh dengan dugaan yang diuji oleh Allah SWT. Oleh itu, kita perlulah berfikir dari segi positif bahawa setiap musibah atau dugaan yang Allah turunkan bukan bererti Allah tidak menyayangi kita, tetapi sebenarnya Allah hendak menguji sejauh mana tahap ketaqwaan dan kesabaran kita dalam menghadapinya. Sehubungan dengan hal itu, kita seharusnya sentiasa menampakkan wajah kita dengan senyuman, kerana senyuman mampu memberi ketenangan dalam jiwa kita.

Memang benar apa yang sering diperkatakan oleh saudara-saudara kita, bahawa bukan mudah untuk melemparkan senyuman pada rauk wajah kita apabila ditimpa sesuatu musibah. Oleh itu, kita perlulah sentiasa ‘berinteraksi’ dengan Allah dalam ibadat. Ini kerana, Allah akan berasa kagum terhadap hamba-Nya yang banyak meminta pada-Nya. Melalui senyuman dalam keadaan sedemikian juga, kita akan memperoleh ganjaran pahala daripada Allah SWT. Adakah kita tidak mahu merebut ganjaran pahala yang Allah kurniakan itu? “Tepuk dada, tanya Iman”

 Wahai saudaraku sekalian, ayuh sama-sama kita mengucapkan kesyukuran kita kehadrat Allah SWT, kerana Dia masih memberi ruang kepada kita untuk mendekatkan diri kita kepada-Nya. Alhamdulillah.

Saturday, May 14, 2011

Faedah Aktiviti Sukan & Usaha Menggalakkannya

  • Faedah: (Mengapa)
    1. Menyihatkan badan - pergerakan dan perpeluhan.
    2. Perpaduan kaum/persahabatan.
    3. Pengisian masa lapang - jauhi gejala sosial.
    4. Sumber pendapatan yang lumayan.
    5. Meningkatkan imej negara.
    6. Memupuk jati diri, cekal, dan tahan lasak.
  • Langkah: (Bagaimana)
    1. Peranan institusi kekeluargaan - ibu bapa dan masyarakat.
    2. Mengadakan kempen/promosi melalui saluran media massa.
    3. Membina kemudahan bersukan/rekreasi.
    4. Memberi jaminan pekerjaan dan masa depan yang terjamin - ganjaran/pencen.
    5. Peranan NGO, pihak swasta - penajaan.
    6. Usaha sama dengan badan-badan sukan luar negara - bola sepak/hoki/badminton

Kepentingan Perpaduan dan Langkah Pelaksanaannya

  • Kepentingan: (Mengapa)
    1. Mewujudkan keharmonian kaum - Pembangunan dapat dilaksanakan.
    2. Pertahanan negara bertambah kukuh.
    3. Imej negara dapat dipelihara / masyarakat akan dihormati.
    4. Dapat menarik pelabur asing.
  • Langkah: (Bagaimana)
    1. Pemupukan amalan nilai-nilai murni.
    2. Menggalakkan penyertaan dalam pertubuhan sukarela / aktiviti kemasyarakatan.
    3. Menjayakan kempen perpaduan kaum dengan kerjasama masyarakat.
    4. Memupuk semangat kejiranan

Thursday, April 21, 2011

Siapakah Ikon kita sebenarnya?

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah SWT atas limpah kurnia-Nya kita dapat menikmati segala rezeki, nikmat dan dapat menggunakan pancaindera kita dengan sebaik mungkin pada masa ini. Alhamdulillah. 

Melalui blog saya ini, sama-sama kita berkongsi ilmu dan menyalurkan pandangan anda yang membaca. Pada ruangan ini, saya ingin mengutarakan dan memberi pandangan saya terhadap keadaan di sekeliling kita. Cuba kita renung sejenak, cuba kita berfikir sementara, siapakah "ikon" masyarakat kita terutamanya golongan remaja pada masa ini? Mungkin kita tidak sedar bahawa ramai dalam kalangan masyarakat masa ini memilih 'ikonnya' bukan mengikut landasan agama yang betul. Sebagai contoh, ada dalam kalangan mereka meninggi-ninggikan artis yang tidak mempunyai nilai-nilai murni yang baik, menganggap artis tersebut sebagai idola mereka sehingga terpengaruh dengan cara dan perbuatan yang mereka lakukan. 

Cuba kita perhatikan di persekitaran kita, ramai manakah yang terikut-ikut dengan fesyen pakaian yang dipakai oleh artis- artis sama ada dalam negara mahupun luar negara? Ramaikan...Lelaki dengan pakaian yang tidak senonohnya, wanita dengan pakaian yang tidak mengutamakan auratnya. Sedih apabila kita melihat keadaan sebegini berlaku kan?. 

Sehubungan dengan hal itu, marilah kita mengambil pendekatan dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai 'Ikon' @ 'Idola' kita, Insya-Allah, dengan izin Allah, kita akan terpelihara daripada perkara-perkara yang boleh merosakkan akhlak dan tingkah laku kita sebagai seorang umatnya. Mungkin susah untuk kita mengikut akhlak Rasulullah SAW, tetapi kita perlulah berusaha untuk menjadi lebih baik dan terbaik sebagai umatnya. 

Oleh itu, ayuhlah kita sama-sama berhijrah ke arah yang lebih baik, dan marilah kita sama-sama nasihat menasihati antara satu sama lain. Kita perlu sedar bahawa Allah menciptakan ramai hamba-Nya bukannya tiada tujuan, jika kita dapat lihat dari dalam IMAN kita, mungkin kita akan terlintas "Allah menciptakan hamba-hamba-Nya mesti ada hikmah disebaliknya, lebih baik aku nasihat menasihati antara satu sama lain, tidak rugi untuk aku sama-sama berkongsi ilmu dengan saudara-saudaraku". Jika itu yang dapat kita lintasi, Insya-Allah, Allah akan sentiasa merahmati dan melindungi kita daripada perkara-perkara yang merugikan kita di dunia dan di akhirat kelak. Insya-Allah. 

AMIN YA RABBAL'ALAMIN

Sunday, March 13, 2011

Sunday, January 30, 2011

Powered By Blogger