Thursday, December 30, 2010

Pengertian doa

Doa....Apakah itu "Doa"??...
Doa merupakan keinginan, permintaan atau permohonan dalam perkara kebaikan kepada Allah SWT melalui gerak hati yang ikhlas dan mengharapkan semata-mata kepada-Nya...

Apakah kita sentiasa berdoa kepada Allah SWT??...cukupkah untuk kita berdoa di dalam solat sahaja??...apakah kita tidak yakin dengan termakbulnya doa yang kita pinta??

Bukankah Allah SWT telah berfirman di dalam al-Quran bahawa:

Maksudnya: Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu"


Sesungguhnya, Allah SWT menerima permohonan hamba-Nya yang tulus kerana-Nya....titiskanlah air matamu kerana-Nya....jika kita tidak dapat apa yang kita pinta....bersabarlah.... sesungguhnya Allah sedang menguji kekuatan Iman mu...Amin Ya Rabbal 'alamin

Monday, December 6, 2010

Post-SPM Intensive English Programme 2010

Special word from Pn. Nora:
Be Professional...!!!..haha...

Doa-Doa Menuntut Ilmu

Sunday, December 5, 2010

Hadis Tentang Solat

  • Diriwayatkan daripada Salamah b. al-Akwa' r.a. katanya: "Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. mendirikan solat Maghrib ketika matahari sudah terbenam dan tidak kelihatan". (Sahih Bukhari & Muslim)
  • Solat berjemaah itu lebih utama daripada solat bersendirian dengan dua puluh tujuh darjat. (Bukhari & Muslim)
  • Anak kunci solat itu ialah suci, tahrimnya ialah takbir dan tahlilnya adalah salam. (Ibnu Majah & Tirmizi)
  • Laksanakanlah solat-solat sunat di rumahmu, dan janganlah kamu jadikan rumahmu itu seperti kuburan. (Bukhari & Muslim)
  • Luruskanlah saf-saf kamu kerana sesungguhnya meluruskan saf itu sebahagian dari kesempurnaan sembahyang. (HR Bukhari & Muslim)
Powered By Blogger