ASSALAMUALAIKUM
TAQWA, sering kita dengar setiap kali kita berada di masjid atau surau, sedang Imam menyampaikan ceramah atau khutbahnya. Namun, sejauh manakah kita mengerti dan menghayati makna sebenar TAQWA itu? Disini, sama-sama kita berkongsi ilmu, agar makna atau penghayatan tentang TAQWA dapat kita fahami dengan lebih terperinci.
Allah SWT telah berfirman dalam ayat Al-Quran, surah Al-Baqarah; ayat 1-5:
الٓمٓ (١) ذَٲلِكَ ٱلۡڪِتَـٰبُ لَا رَيۡبَۛ فِيهِۛ هُدً۬ى لِّلۡمُتَّقِينَ (٢) ٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡغَيۡبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ يُنفِقُونَ (٣) وَٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ وَمَآ أُنزِلَ مِن قَبۡلِكَ وَبِٱلۡأَخِرَةِ هُمۡ يُوقِنُونَ (٤) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ عَلَىٰ هُدً۬ى مِّن رَّبِّهِمۡۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ (٥)
Maksudnya: Alif Lam Mim. Kitab al-Quran ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. Iaitu mereka yang beriman kepada perkara-perkara ghaib, melaksanakan solat, dan membelanjakan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan mereka yang beriman kepada al-Quran yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dan kitab-kitab yang telah diturunkan sebelum engkau dan mereka yakin akan adanya hari akhirat. Merekalah yang mendapat petunjuk dari Tuhannya dan mereka itulah orang yang beruntung.