Thursday, April 21, 2011

Siapakah Ikon kita sebenarnya?

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah SWT atas limpah kurnia-Nya kita dapat menikmati segala rezeki, nikmat dan dapat menggunakan pancaindera kita dengan sebaik mungkin pada masa ini. Alhamdulillah. 

Melalui blog saya ini, sama-sama kita berkongsi ilmu dan menyalurkan pandangan anda yang membaca. Pada ruangan ini, saya ingin mengutarakan dan memberi pandangan saya terhadap keadaan di sekeliling kita. Cuba kita renung sejenak, cuba kita berfikir sementara, siapakah "ikon" masyarakat kita terutamanya golongan remaja pada masa ini? Mungkin kita tidak sedar bahawa ramai dalam kalangan masyarakat masa ini memilih 'ikonnya' bukan mengikut landasan agama yang betul. Sebagai contoh, ada dalam kalangan mereka meninggi-ninggikan artis yang tidak mempunyai nilai-nilai murni yang baik, menganggap artis tersebut sebagai idola mereka sehingga terpengaruh dengan cara dan perbuatan yang mereka lakukan. 

Cuba kita perhatikan di persekitaran kita, ramai manakah yang terikut-ikut dengan fesyen pakaian yang dipakai oleh artis- artis sama ada dalam negara mahupun luar negara? Ramaikan...Lelaki dengan pakaian yang tidak senonohnya, wanita dengan pakaian yang tidak mengutamakan auratnya. Sedih apabila kita melihat keadaan sebegini berlaku kan?. 

Sehubungan dengan hal itu, marilah kita mengambil pendekatan dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai 'Ikon' @ 'Idola' kita, Insya-Allah, dengan izin Allah, kita akan terpelihara daripada perkara-perkara yang boleh merosakkan akhlak dan tingkah laku kita sebagai seorang umatnya. Mungkin susah untuk kita mengikut akhlak Rasulullah SAW, tetapi kita perlulah berusaha untuk menjadi lebih baik dan terbaik sebagai umatnya. 

Oleh itu, ayuhlah kita sama-sama berhijrah ke arah yang lebih baik, dan marilah kita sama-sama nasihat menasihati antara satu sama lain. Kita perlu sedar bahawa Allah menciptakan ramai hamba-Nya bukannya tiada tujuan, jika kita dapat lihat dari dalam IMAN kita, mungkin kita akan terlintas "Allah menciptakan hamba-hamba-Nya mesti ada hikmah disebaliknya, lebih baik aku nasihat menasihati antara satu sama lain, tidak rugi untuk aku sama-sama berkongsi ilmu dengan saudara-saudaraku". Jika itu yang dapat kita lintasi, Insya-Allah, Allah akan sentiasa merahmati dan melindungi kita daripada perkara-perkara yang merugikan kita di dunia dan di akhirat kelak. Insya-Allah. 

AMIN YA RABBAL'ALAMIN
Powered By Blogger